Entri kali ini , Mira ingin cerita bahawa Abang Saudara Mira dah tak ada. Arwah pergi meninggalkan seorang isteri dan 2 puteri serta 1 putera didalam keadaan yang tenang.Aku amat tersentuh melihat keadaan itu. Mulanya mereka tidak dapat terima dengan keadaan tersebut, tetapi mujur ramai saudara yang menenangkan keluarga itu ; serta memberi kekuatan agar TABAH menghadapi keadaan ini.
Alhamdulillah,arwah mempunya puteri sulung yang kuat dan tabah. Yang akan memberi semangat kepada adik-adiknya dan ibunya. Alhamdulillah, Arwah tinggalkan mereka dikala mereka sudah tahu berdikari . Arwah sungguh menyayangi mereka dan tidak pernah mencetuskan masalah , serta memarahi anak-anaknya dengan terlalu kasar. Allahu, alangkah beruntungnya mereka mendapat seorang ayah yang amat penyayang.
Puteri No 2 pula , dikala ingin mengambil TRIAL SPM, dia telah dikejutkan dengan berita yang amat mengayat hati ini. Putera bongsu pula , amat rapat dengan arwah. Ketika di Sekolah Rendah , sudah kehilangan seorang ayah yang amat baik.
Semoga mereka kuat untuk teruskan hidup ! Ya Allah , Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman . Aminnn Ya Rabb.
Mari sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah Bujang Bin Zakaria.
Al-Fatihah......
Thank you for reading this entry!

No comments:
Post a Comment