Monday, 26 August 2013

Setiap Insan Akan Pergi Jua

                                      Assalamualaikum

     Entri kali ini , Mira ingin cerita bahawa Abang Saudara Mira dah tak ada. Arwah pergi meninggalkan seorang isteri dan 2 puteri serta 1 putera didalam keadaan yang tenang.Aku amat tersentuh melihat keadaan itu. Mulanya mereka tidak dapat terima dengan keadaan tersebut, tetapi mujur ramai saudara yang menenangkan keluarga itu ; serta memberi kekuatan agar TABAH menghadapi keadaan ini.

      Alhamdulillah,arwah mempunya puteri sulung yang kuat dan tabah. Yang akan memberi semangat kepada adik-adiknya dan ibunya. Alhamdulillah, Arwah tinggalkan mereka dikala mereka sudah tahu berdikari . Arwah sungguh menyayangi mereka dan tidak pernah mencetuskan masalah , serta memarahi anak-anaknya dengan terlalu kasar. Allahu, alangkah beruntungnya mereka mendapat seorang ayah yang amat penyayang.

       Puteri No 2 pula , dikala ingin mengambil TRIAL SPM, dia telah dikejutkan dengan berita yang amat mengayat hati ini. Putera bongsu pula , amat rapat dengan arwah. Ketika di Sekolah Rendah , sudah kehilangan seorang ayah yang amat baik.

Semoga mereka kuat untuk teruskan hidup ! Ya Allah , Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman . Aminnn Ya Rabb.
Mari sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah Bujang Bin Zakaria.
Al-Fatihah......



Thank you for reading this entry!




Sunday, 25 August 2013

Tanda Ujian Allah

                                   Assalamualaikum

Setiap kali kita menempuh perjalanan di dunia , Allah berikan kita semua 'Ujian'. Iaitu , Allah ingin melihat sama ada kita tabah atau tidak menempuh segala Ujian dariNya. Allah juga ingin kita merintih kepadaNya. Allah rindu dengar rintihan kita. Allahu. Ujian itu tandanya Allah sayangkan kita. Jadi janganlah kita memaki atau memarah.Kita harus bersyukur dan menyebut 'Alhamdulillah' kerana Allah masih sayangkan kita.



Thank you for reading this entry!

.

Tuesday, 13 August 2013

My Birthday!

                              Assalamualaikum

Alhamdulillah aku masih dapat menghirup udara yang segar bugar ini (Hahaha). Hari ini 13 Ogos. Hari ini adalah hari jadi aku dan aku genap 14 Tahun. Im still young okey. Hihi

Aku tak mengharapkan hadiah pun, hanya Doa baik-baik dari mereka sahaja.



Semoga umurku panjang. Dan hidup didalam keluarga yang diredhai Allah
Aminn ya Rabb.

Thank you for reading this entry!

Monday, 12 August 2013

Raya Aidilfitri 2013 !

                                                    Assalamualaikum

Hari ni dah genap 5 hari umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tahniah kepada yang berpuasa selama sebulan tu okie ! Yang tak cukup tu, gantilah nanti ye!

Tadaaaa ! Inilah kakak2 and kakak ipar aku ! I Love them ! *tangan dibahu , mata ke atas
Hahaha ! Just kidding. ^^ Dari kiri: kak Nora , Kak Sue (sister in law) , aku and kak Ila. Semua dah berpunya , only Me are not available k. kuikui..


Ini pulak anak2 and menantu En Sabri (My Papa) . Second day , kami pergi Wayang tengok cerita R.I.P.D. Gempak2. Hihihi ^^

Ini anak-2 and menantu-2 En Sabri. Tak ramai mana pun. Huhuh :)

K lah Adik2 jgn main mercun k ?!
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri !

Thank you for reading this entry !

Tuesday, 6 August 2013

RAMADHANKU

                             Assalamualaikum

Hari ini dah masuk 30 hari umat Islam berpuasa. Mesti ramai yang dah beli baju raya baru , cat rumah baru , hmm suami baru? eh ? Tak maw ye.

Sambil berpuasa , kami sekeluarga mengemas rumah, mengecat , hmm memang seronok. Maklumlah kampung jauh , so jarang sangat balik . Tapi ramai sepupu sepapat yang duduk sini . So sini (Serendah) lah 'kampung' kami .

Hari Raya adalah hari yang satu keluarga dapat berkumpul . Hari meriah dapat dirasai seisi keluarga .
Raya tahun ni tema korang semua warna apa ? Mira warna Hijau . Warna daun giteww . Nantikan gambar Raya bersama Mira okey ? Ceh cakap macam femes je Mira ni kan . kuikui ~

Tahun ni jugak Mira dapat beraya bersama anak buah Mira yang sulung. Namanya Muhammad Ziyyad Luthfi bin Irsad Sazali . Berusia 2 bulan (agak je..kihkih) . Dia pun dah beli baju raya taw . Al Maklum lah , anak pertama katekan ~
Tadaaaaa ! Ni lah Hero Mira ! Dia suka sangat buat mimik muka ! Tapi Cute sangat like her Aunt (Me) ~ Perasan je lebih kan ? kihkih

Pape pon Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin !
Berhati-hati di jalan raya okiee ? ! :)

 Thank you for reading this entry !